Sunday 11 December 2011

Gerhana Bulan pada 10 Disember 2011

Video ini di muat turun dari you tube http://www.youtube.com/watch?v=QUO_meQ-icg


Gerhana bulan tgl 10 Desember 2011, merupakan fenomena yang menunjukkan tanda kekuasaan Allah SWT, Ketika ada gerhana bulan maupun matahari, Islam mensyariatkan shalat gerhana (khusyuf). baca selanjutnya di http://adf.ly/49nGF
Ini video gambaran terjadinya gerhana bulan lokasi cianjur, indonesia, berlangsung dari jam 19:35 - 00:00, (BMKG) memprediksikan gerhana bulan total berlangsung selama 51 menit 8 detik antara 21:06 hingga 21:57 WIB. -http://j.mp/vtcKKF

Kosa Kata Tahun 6

Kosa Kata Sains mengikut topik bagi tahun 6

Kosa kata Sains Tahun 6

View more documents from hassanwan.

Kosa kata Sains Tahun 5

Kosa Kata Sains mengikut topik bagi tahun 5

Kosa kata Sains Tahun 4

Senarai kosa kata Sains mengikut topik bagi tahun 4

Kosa Kata Sains tahun 4

View more documents from hassanwan.

Peta Minda Tahun 5

Bahan ini di muat turun dari Blog bahansainsupsr.blogspot.com

MIND MAP FOR SCIENCE YEAR 5

Friday 7 October 2011

RPH

Tajuk:
HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?
Ringkasan
Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup
dan benda bukan hidup.Murid-murid dapat mengenal pasti
benda hidup dan benda bukan hidup.
Kandungan
Standard:
Sains Hayat
1.1 Memahami cirri benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard
pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
Tempoh masa:
4 waktu
Sumber:
1. Kad gambar
2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup.
3. Lembaran Kerja1 - Penilaian
4. Lembaran kerja 2 - Penilaian
5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan
7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan
8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan
Aktiviti:
1. Guru membimbing murid menamakan semua benda di
sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan
sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah)
1.1 Menama dan menyenaraikan benda-benda yang
terdapat di kawasan kajian.
1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan
pemerhatian mereka.
2. Kembali ke bilik darjah
2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup
dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam
ruangan yang disediakan pada papan tulis.(Guru
belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan
benda bukan hidup)
2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang
disediakan itu. Guru membimbing murid sambil
menanya
i.    Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini?
ii.    Apakah yang sama dalam gambar ini?
iii.   Apakah beza pada gambar ini?
2.3 Murid menerangkan kenapa lakaran mereka
ditempatkan di dalam ruangan tersebut.




2.4 Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas
perbincangan.(Guru membimbing murid mengenal
pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)
3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda
bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.
3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan
pengelasan yang telah dibuat.
4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1 Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi
gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut
kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
4.3 Pembentangan hasil kerja kumpulan.
Penilaian:
Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
Aktiviti
Pemulihan:
Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran
dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.
Aktiviti
Pengayaan:
Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.



Friday 30 September 2011

Pengenalan kepada Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 iaitu unit 1 tentang benda hidup dan benda hidup. Untuk permudahkan penerangan kepada murid-murid lihat pd slide power point yang disediakan.

Dokumen Standard KSSR DST Tahun 1

Sekadar berkongsi maklumat dan bahan rujukan untuk menyiapkan laporan PBS KSSR Dunia Sains dan Teknologi, Diharap dapat membantu guru-guru yang masih tercari-cari bahan rujukan.
 

Saturday 24 September 2011

SEKAPUR SIREH 


Terlebih dahulu saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada
isteri tersayang,pensyarah,rakan-rakan seperjuangan dan anak-anak
yang memberikan tunjuk ajar, pendapat dan semangat untuk menyiapkan blog ini

Terima Kasih

Wednesday 21 September 2011

TANJUNG KATUNG AIRNYA BIRU
TEMPAT BERMAIN NAK MUDA REMAJA
DUDUK SEKAMPUNG LAGI KAN RINDU
INI KAN PULA JAUH DI MATA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...